Indah sungguh cuaca pagi itu.Angin bertiup tenang.Sinaran mentari lembut menerangi alam.Tapi sayang.Itu semua tidak dapat memadam kegundahan hati sebiji epal yang berada nun di pucuk.Sejak seminggu lalu epal itu asyik terfikir.Kenapa aku tidak dipetik orang????Kulitku licin mulus.Warnaku merah bersinar.Sesiapa yang melihat pasti akan terbakar seleranya.Pasti mereka terbayang betapa manisnya rasaku.Tapi kenapa aku masih tidak dipetik orang?????
Epal tersebut memandang ke bawah.Hairan.....kenapa manusia memilih rakan-rakannya yang berada di bawah sana.Bukankah mereka tidak mendapat angin paling bersih dan cahaya paling murni seperti aku yang berada di puncak ini??Bukankah rakan-rakan ku sudah buruk dirosakkan oleh serangga??Epal tersebut bingung memikirkan kenapa rakan-rakannya yang telah pun disentuh dan dibelek-belek menjadi pilihan.Bukan dirinya yang belum tercemar dan dicuit orang.Apa kurangnya diri ini????
Perasaan rendah mula bertandang.Makin lama makin menebal.Diselangi rasa kecewa dan bimbang.Murungnya tidak tertanggung lagi.Lalu,.,.,.Pada pagi yang damai dan indah itu.Epal itu menggugurkan dirinya ke tanah.Apabila sudah berada di bawah.Hatinya gembira bukan kepalang.Sedetik lagi aku akan di pilih manusia.Warna merahku yang berkilau dan kulitku yang licin mulus ini pasti mencairkan liur mereka.
Epal menanti manusia bertuah itu.malangnya sampai ke malam..Tiada seorang pun yang datang mengambilnya.Buah-buahan yang tergantung mudah dicapai tangan juga menjadi pilihan orang.Yang sudah dibelek-belek,dicuit-cuit,dan disentuh-sentuh juga menjadi pilihan dan buruan.Rasa gembira bertukar menjadi sedih.
Siang berganti malam,hari berganti minggu,kasihan.........Akhirnya epal tersebut menjadi buruk ditanah dan menjadi habuan ulat dan perosak...
Wanita itu ibarat epal.Buah yang tidak berkualiti amat mudah dipetik.Ia berguguran ditanah.Tapi epal yang tidak mahu dibeli,berada di puncak.Susah dipetik,susah digapai.Mahkota seorang gadis adalah sifat malu.Apabila hilang sifat malu,mereka sanggup jatuhkan martabat tingginya supaya dijamah orang seperti rakan-rakannya yang lain.Akhirnya tiada lagi wanita yang suci dan mulus di keliling kita ini.
Apabila melihat anak2 gadis berpegang-pegang tangan dengan sang kekasih dan bercumbuan di taman bagai suami isteri,ingatlah anda pada artikel ini....
Jika anda adalah dari kaum hawa.Ingatlah,bahawa kita tinggal di dunia ini hanya sementara sahaja.Setiap benda yang hidup akan mati.So,fikirlah ape yang korang na buat........
Renung-renungkanlah!!!!!
No comments:
Post a Comment